BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

hey..hey...hey

like jika like

Sabtu, 11 Jun 2011

went to holiday part 2

assalamualaikum w.b.t..
gud moning!
ari ni sy nk prgi oliday..
sy pergi oliday ni lama tau..
2 weeks !!!
hihihi..I LIKE IT!

nak tau x sy nk pergi mna..
nak tau x???
sy nak pergi jaoh tau..
10 km je dari rumah..

sy nak pergi....

-
-
-


-
-

kenal dop ni..kalu xkenal xpe..
hihi..

Khamis, 9 Jun 2011

hari ini & semalam

hari tu kita jalan sekali, 
bestkan jalan sambil bergurau. 
tp lagi best bila awak bagi hadiah tu. 
tulah hadiah paling saya xbley nak lupa,, iaitu..

JENG,,jeng,,JENG

-

-

-

snyuman yg terindah dpd awak..

esok, esok bila sy daa xbley jalan,
sy nak awak mengiringi sy,
masa ni sy daa xbley nak panggil awak mcm selalu,,
awak yg kena datang masa ni jgak....
'n msa ni jgak sy nak hadiah lagi tp sy daa xnak snyuman awak tu,,,
saya nak Al-Fatihah..
awak bacakan untuk saya k,
sebab sy daa xbley nak baca sendiri.
pas tuh, bila ad orang letak sy bawah papan,,
awak jangan nangis atau cari sy tau sebab sy daa xbley nak tegur awak.

-
JanJi k , ! ! ! .


-


-
-
-

missliya-happy18



? ? ?

boring la..
sume orang sombong ngan sy..
ap salah sy..
xsuke la mcam ni..
omwOrk xsiap lagi..
xde orang nk tlong sy buat homework..
sume sombong..
lusa daa nk pi asrma..
erggghh !

xnak kawan ngan sesaper la..
xsuuuukeee


tgk la ni, bku sy mcam ni la..
ergghh ! ! !
=(




Rabu, 8 Jun 2011

mengejar pengiktirafan manusia


altApabila kita melakukan kebaikan yang terlihat oleh orang lain, pasti ada yang mengatakan,
" Wah! Baguslah awak."
" Awak memang baik."
"Jarang jumpa orang macam awak."
" Hebatnya!"
Paling tidak pun, akan ada yang tersenyum menandakan sebuah penghargaan kepada kita. Lantas kira menjadi termotivasi dan bersemangat untuk terus melakukan kebaikan. Kita merasakan ada nilainya kebaikaan tersebut pada pandangan mata manusia. Bagaimanakah pula keadaannya apabila ada yang mengatakan
"Eleh, tu nak tunjuk baik la tu."
"Buang masa awak saja buat macam tu."
" Jangan buat macam tu lagi lain kali!.", apakah kesannya kepada diri kita?
Adakah kita masih terus melakukan kebaikan tersebut atau kita meninggalkannya? Kesan yang berlaku atas diri kita daripada respons positif dan negatif orang lain ini menjadi indaktor kepada keikhlasan kita dalam beramal.
Nilai sesebuah amal itu tidak dapat ditentukan berdasarkan kepada pujian manusia. Apa yang lebih penting adalah nilai yang Allah gariskan dalam Al-Quran atau yang ditekankan oleh Rasulullah dalam Hadith baginda. Apabila telah ada saranan untuk melakukan sesebuah amal daripada Allah dan Rasul, maka ia tetap mempunyai nilai yang tinggi sama ada orang lain memuji atau mengeji. Dalam ertikata lain, orang yang ikhlas tidak akan berganjak sedikitpun daripada sebuah amal yang baik, bahkan dia sentiasa istiqamah dengan kebaikan. Tidak bertambah kerana pujian, atau berkurang kerana kejian.
Berbeza dengan seseorang yang mengejar pengiktirafan manusia, bila dipuji dia berbangga dan menambah lagi kebaikan, bila dikeji dia merasakan seolah-olah azab Allah menimpanya lalu dia meninggalkan amal baik tersebut. Konsistensi amalannya bergantung kepada respons manusia terhadapnya.
Seseorang yang saya maksudkan tersebut boleh jadi kita sendiri, termasuk saya yang menulis. Pernahkah kadang-kadang kita merasa kagum dengan mujahid Islam yang syahid lantas kita juga bercita-cita untuk syahid sepertinya? Namun jauh di sudut hati kecil kita bersuara, " Tentu aku akan dikenang orang."
Pernahkan kita membaca karya agung Ulama-ulama silam lantas kita ingin berkarya seperti mereka? Hati kecil kita masih lagi bersuara, " Tentu orang akan menyanjung aku." Tatkala kita melayani perasaan tersebut dan berusaha mengejar pengiktirafan manusia, maka amal kita telah dicemari dan tidak lagi ikhlas. Namun kita tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perasaan tersebut daripada timbul sama sekali, apa yang boleh kita usahakan ialah menentangnya dan melawannya.
Oleh itu, matlamat yang jelas perlu ditentukan sejak kita berniat melakukan sebuah amal sehinggalah kita habis melaksanakannya. Keikhlasan itu perlu dijaga sebelum, ketika, dan setelah melakukan sebuah amal. Susah memang susah, sebab itulah perlunya mujahadah. Sampai bila? Sampai kita bertemu Allah.
Saya masih ingat pesan Ustaz Che' Abdul Majid yang pernah saya kenali di Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya dulu;
Berbuat baik ayuhai teman,
Ke dalam laut engkau campakkan,
Kalau tidak dikenal ikan,
Tuhanmu tahu iyakah, bukan
Bait syair di atas menyeru supaya kita ikhlas melakukan sesebuah amal hanya untuk keredhaan Allah dan hanya untuk mendapatkan ganjaran daripada Allah. Amal yang baik itu takkan sekali-kali disiarkan oleh Allah. Bahkan yang terdetik di sudut hati kita juga tak pernah terlepas daripada pandangan Allah. Biarlah Allah yang menilai kebaikan kita dan memberikan ganjaran di akhirat. Firman Allah:
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedangkan Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."(At-Taubah, ayat 16)
Saya pernah dengar sebuah ungkapan Hukamak, "Jika kamu tamakkan apa yang ada di sisi manusia, kamu akan dibenci Allah, jika kamu tamakkan apa yang ada di sisi Allah,  kamu akan disanjung manusia."
Bahkan dalam memuji juga kita harus berhati-hati. Boleh jadi pujian kita itu akan menghancurkan saudara seagama kita. Pujilah sekadar yang perlu dan kembalikanlah hak menilai itu kepada Allah. Dalam sebuah Hadith, Rasulullah berpesan;
" Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya r.a katanya : Seorang lelaki memuji orang lain berhampiran Nabi s.a.w, lalu Nabi s.a.w berkata kepadanya : " Celaka kamu. Bereti kamu memenggal leher saudara kamu.(Kata-kata itu baginda ucapkan banyak kali). Apabila seseorang kamu memuji saudaranya, seharusnya dia berkata, " Cukuplah bagi si fulan Allah sahaja yang menilainya. Tidak ada yang lebih berhak menilai selain Allah Taala, sekalipun temannya tahu dia begini dan begitu." (HR Muslim)
Jika ada yang memujimu, katakalah "Alhamdulillah" dengan sebenar-benarnya.

dEndaM yG tErmanIs..


"Bodoh! Benci, benci, benci!" Inilah reaksi awalku, apabila aku tahu kawan-kawan mempermainkanku. Allah saja yang tahu betapa sakitnya hatiku. Sudahlah dipermainkan, ditabur harum pula dengan fitnah. Sakitnya tidak terperi. Semalaman aku menangis, sakit bila dikianati mereka yang digelar sahabat.
Malam itu, usai solat Isyak, aku memulakan niat untuk bersolat hajat. Aku nak minta pada Allah supaya diturunkan bala yang dahsyat pada mereka yang menganiayaiku. Biar! Biar mereka rasa, sakit yang aku rasakan. Aku nak hajatkan supaya mereka yang menyelarku rasa, apa yang aku alami. Aku nak sepanjang hidup mereka, mereka akan temui kecelakaan dalam setiap langkah yang ditapakkan.
Sakit hati bercampur bisikan syaitan, inilah hasilnya. Aku lakukan solat hajat dengan mata yang sembam dek seharian menangis. Bagiku, pasti Allah akan memberikan keadilan padaku. Doa orang teraniaya pasti termakbul.
Namun, ketika sujud terakhirku, bukan itu yang kuhajatkan buat mereka. Bukan kecelakaan. Bukan bala malapetaka. Sebaliknya aku berhajat supaya aku diberi kekuatan untuk menempuh ujiandari-Nya. Aku berdoa agar rakan-rakanku diberikan hidayah dan diampunkan dosa mereka. Dan aku berdoa agar aku dapat menerima dengan reda ujian-Nya. Sujudku penuh dengan air mata. Sayu.
Alhamdullilah, selesai sudah solat hajatku. Hatiku kini tenang. Damai. Bagaikan tiada kekusutan yang pernah berlaku. Rupa-rupanya, kemaafan itu dendam yang termanis untuk sebuah pembalasan.
"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?

(Surah an-Nur : Ayat 21)
"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

(Surah Ali-Imran: Ayat 134)
Kepada semua yang pernah menghadapi masalah sepertiku; dituduh, dianiaya dan dipulaukan.Janganlah kita berdendam dan ingin saling berbalas. Dendam pasti tiada berkesudahan. Allah menyukai orang yang bersih hatinya. Biar ada yang menggelar kita bodoh dan dungu kerana tidak mahu bertindak balas, biar mulut sekeliling mengata keras,yang penting keredaan ada bersama kita.
Kadang-kadang Tuhan menyembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi. Lepas apa yang berlaku, bilangan rakanku mula bertambah, bukan hanya dalam kampus sahaja, luar kampus pun ada dan mula rapat dengan rakan-rakan bekas sekolah dulu.
Alhamdullilah. Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.
Buat mereka yang pernah aku sakiti tanpa sengaja atau secara sengaja, aku memohon kemaafan untuk segala silap dan salahku, dan aku juga memaafkan setiap silap dan salahmu.

F.R.I.E.N.D.S

Love + Care = Mom

Love + Fear = Dad

Love + Help = Sister

Love + Fight = Brother

Love + Life = Wife / Husband

Love + Care + Fear + Help +
Fight + Life = Friend . . .